Monday, January 30, 2012

emo

Hari ni memang rasa nak emo jergh. Tapi bak kata Ustaz Azhar Idrus, jangan luahkan perasaan yg emo tuh kat laman sosial . Aku dah lama  tinggalkan tabiat tuh. Lagipun mukabuku dah boring :D (tapi kat blog boleh kan?)

huhh.. aku ni agak pantang jugak le ngn orang yang suka bergantung pada orang lain ni. Nak apa-apa arahkan orang.. tak reti nak buat sendiri ke?? adoyaii pun. Dah besar panjang tapi masih bergantung pada pertolongan orang lain. Tak faham lah manusia mcm ni. Independent lah sikit, takkan semua payah nak bersuap jer. Cuba gerakkan anggota badan tu sikit. Ni tak, contoh : nak ambil makanan atau belikan makanan pun asyik nak suruh orang lain jer..  ingat kuli ke.. kawan, kawan jugak, tapi agak-agak le..malass betul.

And some more, paling nyampah kalau manusia yang suka berburuk sangka pada orang lain ni. Ko dengar khabar-khabar angin jer.. dari mulut-mulut orang tapi ko sibuk jugak nak cop orang tu macam tu. Aku ni pun bukan baik sangat tapi pernah dengar pepatah lama "dont judge a book by its cover" tak? sound familiar kan?
haaa.. Ni tak, berbual ngan orang tuh baru sepatah dua.. ko dah cop macam-macam pasal orang tuh. Tak kenal maka tak cinta hokeh? sila berkenalan then baru kau boleh judge dia macam mana.

Oklah itu luahan hati saya pada hari ini. Renung-renungkan dan Selamat beramal. peace y'all.

3 comments:

  1. selamat beramal tu tak tahan... insap uols.. hahaha.. eh gosip ar.. siapakah ittuew??? lalalalala

    ReplyDelete
  2. ari tue sebal ari nie emo lak...sabar...sabar..

    ReplyDelete
  3. tak suka jugak..tak suka jugak org cmtu..!~

    ReplyDelete