Monday, November 12, 2012

Hai Hai..

Alahaiii lama kan Aku tak jejak kat tanah aku ni.. Busy lah konon.. hahaha
Oklah memang busy. Aku sambung belajar. Dah tua-tua baru nak sambung.. hehehe
Tapi tulah dah tua baru dapat hidayah.
Actually memang lepas SPM dulu, dapat sambung Matrikulasi Akaun. Memang aku habiskan dan dapat pun sijil Matriks tu, but then bila sambung degree kat UPM, (aku amik Bisnes study) motivation aku down..
takyah lah tanya apasal sebab ia adalah sesuatu yang aku regret time tuh..
But NOW, i'm a proud Mother.. mungkin ada hikmahnya aku tak habiskan degree aku dulu.
Allah bagi aku hadiah yang tak ternilai dalam dunia ni. 4 orang cahaya mata yang comel-comel.. (riak siot)
tengok baka lah.. :p
So bila dah berumur macam ni and sambung belajar.. wahhh rasa macam-macam..
segan + malu + berkobar-kobar bercampur-campur ar perasaan tu.
But i'm glad i did. Sebab ramai dalam class aku yang berumur 30 tahun keatas.
40 tahun pun ada. Maybe dalam umur mcam ni.. financial security dah kukuh.. Insya Allah.
pastu tak payah fikir-fikir pasal nak couple2 (gataiiii hang.. haha) sebab dah TAK available lagi.
Concentration tu memang 100 percent lah.. (oklah aku tipu.. tapi dekat2 100 percent lah..hehe)
Perasaan malu or segan memang dah kurang (i mean masa presentation sbb dah tua kot - confident level tinggi yo!) time tanya soalan pun sebab rasa biasa je.. takde segan pun, mungkin sebab compete ngan budak-budak.. cam selamba jer. (Aku memang selamba orang nya)
Aku tgh cuti semester ni.. baru je dapat result.. haha.. Alhamdulillah.
Aku dapat result yang membanggakan jugak..  :D
Aku memang berazam nak habiskan kali ni apa yang dah aku mulakan... Untuk Family aku.. untuk Suami,
Untuk Anak-anak.. , untuk MAK (especiallynya.. utk Ayah juga)
Insya Allah.
insya Allah.

wish me luck guys.
xoxo
;)



Tuesday, April 24, 2012

Saturday Night "Fever"

Ini bukan cerita John Trovolta dan bukan cerita mencucuk langit atau disko Ini cerita keluarga En. Asrul aka keluarga saya. Sabtu minggu lepas adalah minggu demam sekeluarga, anak-anak aku demam, batuk dan selsema. sedih.. Adam demam dan admit hospital. Zachary demam. Lana demam. Manda pun demam. Dugaan sungguh.
Aku dan Nahar bergilir-gilir ambil cuti nak jaga anak-anak. Last-last kami berdua pula yang demam. Serentak pulak tu. Itu lagi dugaan. Bayangkan nak jaga diri sendiri pun tak larat, inikan pulak nak jaga 4 orang anak.. aduhaiiii memang tortured betul, fizikal dan mental.
Masa demam tu, masing-masing tak larat nak drive, badan dan pinggang mcm nak patah. Terus call mak aku suruh datang. Adik aku terus bawak aku dan Nahar ke klinik. Sampai kat klinik nasib baik tak ada orang, Dr. terus ambil suhu badan.. Aku 39.8 dan nahar 38.9 Perghh.. doktor terus suruh makan ubat time tu jugak.
Mula-mula gerun jgk takut denggi sebab badan sakit-sakit, tapi Doktor cakap denggi biasanya lepas 3-4 hari lepas demam baru terasa sakit-sakit badan. Alhamdulillah.. kalau denggi dan kena admit hospital laki bini tak ke haru tuh? Then anak-anak? kesian anak-anak. Ya Allah nasib baik tak ada apa-apa. Doktor terus bagi ubat demam dan antibiotik. Terus makan dan balik rumah, berehat. Anak-anak mak tolong jagakan.
Doktor bagi ubat yang kuat agaknya, malam tuh terus rasa beransur okeh..
Aku pun berharap kami sembuh cepat sebab fikir taknak anak-anak pulak berjangkit dan fikir jugak siapa nak jaga diorang kalau kami berdua jatuh sakit.
Mungkin ini dugaan Allah kepada kami sekeluarga. Sekarang semua dah makin baik.
Dan aku harap janganlah jatuh sakit macam ni lagi.
Tak sanggup sebab fikirkan anak-anak.

Ya Allah Kau berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami.
Ya Allah perkenankanlah.

Sunday, April 8, 2012

Happy Birthday to My Zahra

Salam. Ini kira entry lump sum, sebab aku masukkan birthday 2 org gegirl aku dlm satu entry.. sap sap soiii...
sebab aku mmg mcm nikan malas nak update blog.. walaupun birthday diorang lain bulan tapi tak kisah lah kan.. nama pun adik beradik so korang share entry lah..:D

9.3.2012 Birthday Alana Zahra :
Happy birthday girl.. Alana dah 3 tahun. Mulut dia sekarang mcm mak nenek. Sangat obses ngan BoBoi Boy. Mama sebagai Yaya dan Papa sebagai Gopal (kekeke.. ni tak boleh blah, bila mama ngan papa dekat jer dia mesti sebut "Aipppp.. Gopal, jangan kacau Yaya!" so suweeettt ). Tagline yang selalu digunakan "Terbaekk" *kan aku dah kata dia obses ngan Boboi Boy*. One more thing, Alana ni mmg macam Suri Cruise, nak tahu kenapa dia mcm Suri, sebab dia sangat obses ngn kasut high heels.. ayoo, budak ni mmg dia sanggup melecet-melecet kaki dia tp untuk cantik apa pun boleh..*sigh*
Kalau gi window shopping/shopping, dia sibuk dok usha2 kasut jugak.. kalau aku yg beli dia jadi advisor aku, ni cantik..cubalah mama.. cubalah.. hahaha.. Kak Nam okeh..
Part belajar pulak, dia suka sangat cuba2 mengeja.. Papa,Mama, Susu tu mmg dia dah expert lah.. suku kata yg sama kan.. tapi tiba-tiba dia eja Ipad..PA..PA.. Ipad, mama. comel dowh (hehehe.. puji anak sendiri, iyekan ajer..)
Insya Allah, Papa dan Mama doakan Alana akan jadi anak solehah dan Bijak. Insya Allah.

7.4.2012 Birthday Amanda Zahra :
Ini ulangtahun pertama Manda. Tapi yang kelakarnya, kitaorg tak celebrate menda pun.. sian Manda.
tapi bila samapai rumah Mak, Mak bagi dia basikal.. wooo... time kasih mak.. i love u Mak :D Manda punya expression bila dapat basikal ni pulak, priceless. Bukan taknak celebrate tapi ingat nak join skali ngan abang dia, Adam Za'im punya birthday. Dia pun dalam bulan April. Anak aku memang 2 orang lahir dalam bulan 3, 2 orang lagi dalam bulan 4. Senang kan. Save sikit.
Manda memang dah pandai jalan kan.. 11 bulan pun dah boleh berjalan, tapi gigi memang sebatang pun tak ada. Alahh semua anak aku mmg mcm tuh, jalan cepat, tumbuh gigi lambat..lepas setahun baru lah tumbuh. until now pun masih tarakkkk.. Manda sekarang suka sangat meniru orang.. Kalau kita panggil Mimie contohnye, mulut die pun sibuk duk tercuit2 panggil :D
Apa yang kakak dia buat memang dia nak tiru jugak. Pakai cekak pun dia nak pakai. Pakai sepit pun dia nak pakai. Tapi Manda sgt nakal, kakak dia memang gegirl lah kat rumah kan. Polite and gegirl sangat, itu kakak dia.. tapi Amanda..kuss semangat.. aktif tul.. dia memanjat meja, kerusi dan apa jer yang dia boleh panjat. Pastu suka belek buku.. wahhh.. sgt educated gitu.. haha.. tunjuk2 buku dgn tangan dia yang mungil tu.. ntah apa yang dia tunjuk pun tak tahu lah. Alhamdulillah jugak, sepanjang setahun ni Manda dibesarkan dengan susu badan aku saja. No campur-campur. Murah rezeki dak Manda ni ek. Alhamdulillah. AMIN.
emm.. apa lagi ek.. rasanya tu jerlah kot.
Papa dan Mama pun doakan Manda akan jadi Anak yang solehah dan bijak. Insya Allah. Amin.
Kami sayang kamu berdua sangat-sangat. Kamu adalah "bunga" di hati Mama dan Papa. Sayang kamu.

Lana n Manda de Zahra :D



Thursday, March 29, 2012

Mimie : si tompok vogue

Ini adalah Mimie. Mimie adalah anak kucing yang baru sahaja di bela oleh Keluarga En. Asrul Nahar. Oleh kerana ini adalah kucing belaan pertama keluarga ini, maka anak kucing ini amatlah disayangi oleh seisi keluarga. Walaupun isteri En. Asrul Nahar tidak gemar bermain dengan si mimie ini, namun anak kucing ini tetap menjadi pujaan hati mereka.
Aiyooo.. letih r, tulis bahasa melayu formal.. memang fail dowh, bm aku.
so ini Mimie.. ini anak kucing yang telah menjadi family member secara officialnya bulan ini. Actually anak kucing ni, suami i jumpa dalam longkang.. takut sangat kucing ni mati, tercedera etc. suami aku bawak balik.. first time oii bela binatang ni..budak2 ni excited r.. aku jer tak berapa nak excited sgt.. tapi mimie cute okeh..  Kenapa nama dia Mimie? err aku pun tak tahu.. maybe nama exgirlfriend suami saya..:p
lantak r.. tapi okey apa.. sweet je bila panggil.. mimie.. mimie... hehehe
Buat masa ni bagi dia makan frieskies for kitten.. cam banyak jugak dia makan..
Tapi Manda mmg tak suka Mimie ni, tapi dia asyik dok tinjau2 kat luar cari..
Mimie memang tak dibenarkan masuk rumah, tidur, makan main2 semua kat luar.
Bukan apa, Manda still baby so takut bulu-bulu kucing tu akan menyebabkan dia alahan..
and one more reason is aku taknak biasakan mimie berlegar-legar dalam rumah aku.. aku pun alah juga. Alah kucing.
So for Mimie... welcome to the family.. dont notti2 kalau tak i buang u nanti.. :D
ok. daaaaa....

Sunday, March 11, 2012

Happy birthday Adam Zachary.

Salam. Actually birthday Zachary is on 2nd March. But as usual, entry ni akan lambat seminggu. :)
so straight forward.. just wanna say, Happy Birthday boy.
i wish you happiness and joy. i wish for the best in your life. i wish you to be a good kid and soleh.

So, untuk birthday boy ni, aku just beli kek and celebrate kat rumah in laws aku.

ini jer image yang sempat di upload di pc :)

Untuk bulan Mac ni ada 2 birthday, Zachary and Alana. so i will try my best utk update entry ya.

love u Adam Zachary.. love u so much.
err.. lana plak masuk dkm gambar ni. (actually takde picture jack alone lak dlm pc ni :p)
gambar ni pun jadilah.


Thursday, March 8, 2012

Amanda Zahra

Salam lama tak post entry. ok hari ni nak post pasal Amanda Zahra. Baby Manda dah 11 bulan hari ni.. yeay..!! tak ada benda nak update pasal dia nih, anak dah ramai selalu jer termissed nak update psl budak2 ni :)
Now, Manda mulut dah bising and some more dah pandai jalan. Actually 10 bulan pun dia dah jalan merata, tempat favourite persinggahan dia toilet.. aiyooo.. memang suka betul dia jalan masuk toilet. Sampai terpaksa tutup pintu toilet.

ok jom tengok video manda, time ni kat McD. Seronok betul dia eh.


hehehe.. mulut pun bising eh. terjerit-jerit nak join main sekali ngan abang2 n kakak dia.


 Ni time makan. Masa ni kat kedai mana tah. berhenti nak lunch, aiyooo sgt bising mintak makan.


Ni masa kat Ancasa Port Dickson. Family gathering. tahan dia dok lama-lama dlm pool. Ciannn...


Seriously, drama queen.. :)

bb Manda ngan mama.. sile jeles tgk rantai mutiara dia tuh, mak pun tak pakai rantai mutiara k.. :p

oklah. pasni entry pasal bitrhday Zachary lak.. Malas betul nak update bukan apa, update kat opis, asyik org keluar masuk jer.. terbantut usaha mak. 
ok. next entry lak. bye

Tuesday, February 7, 2012

Down gila.

Salam. Hari baru masuk office setelah 4 hari bercuti. Best memang best. Tapi bila masuk office hari ini, rasa frust sangat bila tengok markah SKT yang sikit. Biasalah keja gomen ni kan.. ada markah-markah penilaian. Dan pertama kalinya ini markah yang paling sikit pernah aku dapat. Soalan yang bermain-main kat fikiran aku, teruk sangat ke prestasi aku? Aku tak minta markah sampai 90 lebih tapi at least aku berhak dapat lebih dari apa yang aku dapat ini. Dan adilkah markah yang aku dapat tuh? justification apa yang diorang guna??
Dahlah bila balik cuti pantang aku setelkan semua payment-payment yang dah tertunggak berbulan-bulan. Kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan sewaktu aku berpantang, aku juga yang siapkan. Rasa macam effort kita tu macam tak ada apa. Macam rasa tak dihargai.
Yang buat aku lebih geram, boleh pulak markah aku sama dengan orang yang tak buat apa-apa.
i mean, orang yang tak berusaha sangat pun. Aku bukan jaki sangat pun ngan budak ni. Tapi mostly semua kerja aku yang setelkan. Aku yang buat payment-payment yang banyak-banyak tuh. Aku settlekan mostly problem yang occur kat unit ni. Dahlah dia selalu buat masalah, kelentong sana sini pasal kerja. Selalu tak ada kat office. Menghilang entah kemana. Aku juga yang selalu kena setelkan masalah bila dia tak ada. Tup-Tup budak ni dapat markah yang lebih kurang je dengan aku. Frust gila dowh.
Sangat tidak adil.

Arghh. down sangat hari ini. :((

Monday, January 30, 2012

emo

Hari ni memang rasa nak emo jergh. Tapi bak kata Ustaz Azhar Idrus, jangan luahkan perasaan yg emo tuh kat laman sosial . Aku dah lama  tinggalkan tabiat tuh. Lagipun mukabuku dah boring :D (tapi kat blog boleh kan?)

huhh.. aku ni agak pantang jugak le ngn orang yang suka bergantung pada orang lain ni. Nak apa-apa arahkan orang.. tak reti nak buat sendiri ke?? adoyaii pun. Dah besar panjang tapi masih bergantung pada pertolongan orang lain. Tak faham lah manusia mcm ni. Independent lah sikit, takkan semua payah nak bersuap jer. Cuba gerakkan anggota badan tu sikit. Ni tak, contoh : nak ambil makanan atau belikan makanan pun asyik nak suruh orang lain jer..  ingat kuli ke.. kawan, kawan jugak, tapi agak-agak le..malass betul.

And some more, paling nyampah kalau manusia yang suka berburuk sangka pada orang lain ni. Ko dengar khabar-khabar angin jer.. dari mulut-mulut orang tapi ko sibuk jugak nak cop orang tu macam tu. Aku ni pun bukan baik sangat tapi pernah dengar pepatah lama "dont judge a book by its cover" tak? sound familiar kan?
haaa.. Ni tak, berbual ngan orang tuh baru sepatah dua.. ko dah cop macam-macam pasal orang tuh. Tak kenal maka tak cinta hokeh? sila berkenalan then baru kau boleh judge dia macam mana.

Oklah itu luahan hati saya pada hari ini. Renung-renungkan dan Selamat beramal. peace y'all.

Wednesday, January 18, 2012

SEBAL

Hari ni rasa tak best jer bila buat keja.. rasa sebal jer. Semalam terpaksa EL sebab tayar pancit tahap kronik. T_T. Duit terbang terpaksa ganti baru.. alangkah sedey nya hati.. huhu.. baibai handbag baru.. opps misi bulan nih wallet ye. babai walett baru. SEBAK bukan SEBAL.

Berbalik pada perasaan sebal ni, hari nih sampai jer kat meja..bersepah2 meja aku ngn borang2 claim. perghh menyirap tul. Elok jer semalam aku tinggalkan clear jer.. hari nih bersepah. SEBAL

Tup-tup lak ada orang kejar psl document tak lengkap pula.. alooo org kewangan kat sini ada 2 org lah. If im on leave.. pls refer to another person. but still aku lah org yang kena follow up pasal document itu. SEBAL.

Bergaduh mulut pula*actually lebih kepada tone suara yg agak tinggi* dengan orang kewangan di belah SANA. aiyakkk me so SEBAL Today. takpelah taknak drag this thing to be worse, aku mengalah. bukan maksud aku kalah ye.. bukan pula menyerah.. PASRAH.

ok babai

(P/S: i know this entry are short but i straight to the point okey.. i'm sebal today)




Monday, January 16, 2012

salam 2012

salam. its been a while guys. Memang lama gilos tak update apa-apa kat blog ni. Banyak sangat benda nak settlekan. so why dont we start a day by knowing women closely. Read this.



i find this somewhere, so  true kan?? been there, done that. So man watch out if your girlfriends or wife say this words to you. :) enjoy the day.