Monday, August 23, 2010

8.08.2010

Aku kehilangan ayah tersayang pada 8.08.2010...
Ayah pergi selepas maghrib..ayah pergi tanpa semua anak2 ada di sisi dia... Ayah pergi dalam kesunyian.. ayah pergi dengan membawa hati yang sedihh.. dan aku hilang separuh dr jiwa aku.. aku redha tapi aku sangat terkilan.
Pada sesape yg sgt close dengan aku pasti tahu yg aku tak rapat dengan ayah aku..infact, kami adik beradik mmg tak rapat dengan arwah... Tapi, walaupun kami tak rapat, tapi ayah sentiasa berada di hatiku. Ayah seorang ayah yang baik, bertanggungjawab. Kami semua sayangkan ayah.
Pemergian ayah buat aku sangat2 terkilan...ayah memang dah sebulan lebih terlantar tak boleh bangun, pakai pampers...dimandikan mak aku..... tiap2 hari aku balik kerja..hati aku mcm di toreh2 bile melihat tubuh kering ayah terbaring tanpa baju dan hanya memakai pampers... tidur di ruang depan.. Selalu kalau aku balik, dia akan tertinjau2 aku dari celah2 dinding... Kadang-kadang bile dia tak tidur..dia akan tanya aku macam2.. "Nahar mana? dah makan belum? ok ke tidak?. Sepatutnya aku yg tanya dia..tapi aku tahu dia cuba nak meredakan kesunyian dia dengan bertanyakan aku macam2..dan aku sebagai anak, buat2 tak faham dengan apa yg die cuba nak buat, aku jawab sepatah-sepatah saja...
SABTU (7.8.2010) Hari sebelum ayah meninggal, aku bertugas di konvo..aku tak tahu napa aku sengaja melambat2 kan waktu balik aku...sepatutnya aku dah habis bertugas tapi aku sambung jalan-jalan..hati aku berat nak balik... Pukul 8 mlm, mak call aku dan minta aku belikan ayah roti jala..sebab ayah taknak makan... aku tak cuba mencari pun, aku tak tahu kat mana aku nak dapatkan roti jala dlm waktu yg mcm tuh..aku belikan ayah sup ayam..dengan harapan dia makan.
Pukul 10 mlm aku sampai rumah. Ayah dah tido. Aku tak tergerak pun nak pergi dan kejutkan ayah masa tuh. Aku cuma tengok dia dari jauh dan minta mak simpankan sup tu. Aku terus balik ke Rim.
AHAD (8.8.2010) Petang tu, adik aku Diana sms beritahu yang ayah sakit mcm hari yg dia admit ke hospital, aku cuma mintak die bersabar..dan tengok2 kan dulu keadaan ayah. Tak terlintas pun di hati aku untuk datang ke rumah mak untuk jenguk ayah. Pukul 7.30 ptg, Diana call aku sambil nangis.. dia nak bawak ayah pergi hospital. Aku cuma mengiyakan ajer..sebab aku rasa ayah sakit mcm hari tuh.. sakit ayah sekejap jer..pujuk hati aku sendiri. Aku masih sempat beri makan kat anak-anak aku..aku tak siap2 kan diorang pun tuk gerak sekali kehospital. Aku masih tak terasa apa-apa time tuh. 7.45 ptg Diana sampai kerumah aku, dia terus ajak aku g hospital.. Dia marah sebab aku masih tak siap lagi..aku pun menjerit pada dia..suh dia bersabar sikit. Lepas tu, apa yang terkeluar kat mulut dia buat aku terduduk "Ayah takda lagi kak zura, takda lagiii.... " Ya Allah..mcm terhimpit dada aku dengar berita nih...aku pandang diana, dia menangis tersedu2...aku macam tak percaya.. aku sedihhh..sedihhhh....Hati aku berkecai-kecai..pedih.. aku terus peluk anak2 aku...
Diana bawa kami kehospital, Mak nampak lemah, pucat.. Kak eda menangis2..Adik aku yang paling kecil, Zatul menangis tersedu2.. Mak Lang adik ayah pun sedang menangis. Betul. Betul. Ayah dah takda. Doktor sahkan ayah meninggal dalam perjalanan ke hospital.
Staf hospital bagi permission kat aku n adik2 masuk untuk tengok jenazah ayah. Bilik tuh sejuk. sesejuk hati aku masa tu. Jenazah ayah terbujur kaku kat katil hospital tuh. Tangan dah dikiamkan. Airmata aku mula2 perlahan turun.. bila jer aku singkap selimut ayah tuk lihat wajah ayah... Ya Allah, ayah betul2 dah takder. Muka arwah pucat... aku cium dahi ayah dan airmata aku turun deras tanpa dapat ditahan2 lagi.
Kehilangan ayah sampai sekarang masih aku terasa. Masih terdengar-dengar dia telefon aku minta aku belikan roti, tanya aku dimana. Ya Allah, berat sungguh dugaan mu. Aku terkilan tak dapat cium tangan ayah sambil memohon maaf pada dia. Aku terkilan aku tak dapat ucapkan terima kasih pada dia kerana membawa aku ke dunia ni. Aku terkilan tak dapat luahkan rasa sayang aku pada dia sepanjang dia terlantar sakit di rumah. Aku terkilan. Apa yang tinggal cuma kenangan ayah bersama kami. Ayah pergi 3 hari sebelum Ramadhan. Saat-saat berbuka dan bersahur bersama2 tahun lepas tak dapat aku lupakan. Aku rindu.. Mak, Kak Liza, Kak Eda dan adik-adik semua rindu.
Terima kasih ayah kerana menjadikan aku seperti aku sekarang. Terima kasih.
Maafkan zura atas segala-galanya. Zura akan selalu doakan ayah. itu jer yang mampu zura balas utk ayah. Zura sayang Ayah. Ayahlah ayah terbaik untuk kami.
Semoga ayah ditempatkan di Kalangan orang-orang beriman. Amin.