Monday, June 3, 2013

Jenuh

Ok just wanna say while im typing this, im waiting for my sister. Ye jenuh tunggu dia nih. Dia kena praktikal kat mini malaysia. Guess who's the driver. Yeah you looking at her writing. Lol. Me lah. Who else.
Damn.
Damn.
Damn.

Tuesday, May 28, 2013

New collection eh..New obsession LOL

Ok sekarang ni masa untuk leisure2 sebab aku tgh cuti semester. Aku habiskan masa aku dengan tengok tv dan baca buku cerita. ok confession, aku tak suka tengok drama melayu. Tak suka. Apa Nur Kasih ke? Adam Hawa? Sehangat Asmara? i dont give a damn. hahaha.. kejam tak?
sebab aku malas nak tengok cite meleret2 skrip yg jiwang2.. for god sake, skrip yg skema2 mmg tak boleh blah.. haha lagi2 part scene yg meleret2 jiwang atau airmata..
Sepanjang aku hidup ni mmg aku telah abadikan diri aku dengan channel 700 (Astro) HBO, FOX., AXN, MAX (boring skit sbb cite lelama..) DIVA.. mmg tak layan sungguh tv tempatan ni..
TAPI baru-baru ini, mak telah terjebak dengan cite Sebenarnya saya isteri dia.. haha..
GILA.. mmg gila kat izzue Islam sebenarnya.. haha.. sampai IG dia pun aku stalk.. wakaka..(eh.asal byk gelak ni.) yelah mmg sbb aku segan bila buat confession nih. Aku admitlah cite ni best.
ehemm buku dia pun ai baca okeh? tapi pinjam orang punyalah... :) Buku dia aku tak suka sangat..
takpelah janji aku suka drama dia. Ai suka Izzue Islam. awwwww.. malu. *palmontheface*

Meh layan gambar Izzue meh. taknak?..takpe ai layan sensorang.





Izzue napa nak kawin? jangan le... ai frust okeh..
haha..
haha..

gila.






Monday, April 1, 2013

Final exam

Wow. Rasa mcm baru je msk sem. Tetiba je dah nak final. Mcm tak betul2 dapat belajar ngn betul. Nape ye cepat betul masa berlalu.
Semester ni aku rasa mcm aku keseorangan. Budak yg baik ngn aku tu, extand sem dia sebab nk study for degree pulak. Takde lagi member yang betul2 rapat. Selalu ieja 'sifu' kongsi maklumat dgn aku. Now she's leaving.. :(
Ni pulak baru je dapat tahu ada sorang lagi member aku nak drop study ni.
Ahhh sedih pulak bila sorang2 tinggalkan study. Bukan apa belajar part time sgt2 mencabar and kena kuatkan semangat.
Friends are important to help and guide u along.
Aku harap aku dapat kuatkan semangat utk habiskan belajar ni. Takkan putus asa. NEVER say NEVER.
Aku taknak lah hangat2 taik ayam je. Wlpn susah nk commit bila u have a families tp aku rasa my family always at my back. Guiding me.
Thanks to hubby. Sangat2 membantu esp pasal anak2. Dia byk membantu. Tq papa. Thanks sbb byk berkorban masa dan tenaga utk anak2.
Sedih pulak bila buat entry ni. Bila kenangkan yg family always help you, always be there when u need them. Bantuan dari diorang mmg takkan dapat di balas. Huhhhh aku harap aku dpt survive until the end.
Aku harappp sangat.








Wednesday, March 20, 2013

Diet


Ok this is confession. Im so gemuk right now! Yess. So gemuk that my weight is 61 kg currently. Oh my. Rasa rendah diri okeh.
Dah berapa kali aku jumpa org and they thot that im pregnant. *dushdush* *palmintheface*
Im so embarassed. Please lah baizura.
Ok so start from now on, im gonna control my eating habit. Start exercise. Stop eating junk. less-sugar or None. But dont stop take carbs because it give energy. I will take less. (ahh mampukah?)
I need energy just because i have to exercise. And plus i have 4 kids okeh :)
Ok aku start jogging dari semalam.
Doakan i berjaya frens.
Doakan i muat jeans i.
Doakan i. IF NOT... i doakan uols semua gemuk mcm i. Haha.
Hopefully aku akan bjaya dlm battle ini.
Fighting!!

Tuesday, February 5, 2013

Testing.. Testing..

Ini semua cobaan. Haha. Test nak post guna handphone. Hehe.

Monday, November 12, 2012

Hai Hai..

Alahaiii lama kan Aku tak jejak kat tanah aku ni.. Busy lah konon.. hahaha
Oklah memang busy. Aku sambung belajar. Dah tua-tua baru nak sambung.. hehehe
Tapi tulah dah tua baru dapat hidayah.
Actually memang lepas SPM dulu, dapat sambung Matrikulasi Akaun. Memang aku habiskan dan dapat pun sijil Matriks tu, but then bila sambung degree kat UPM, (aku amik Bisnes study) motivation aku down..
takyah lah tanya apasal sebab ia adalah sesuatu yang aku regret time tuh..
But NOW, i'm a proud Mother.. mungkin ada hikmahnya aku tak habiskan degree aku dulu.
Allah bagi aku hadiah yang tak ternilai dalam dunia ni. 4 orang cahaya mata yang comel-comel.. (riak siot)
tengok baka lah.. :p
So bila dah berumur macam ni and sambung belajar.. wahhh rasa macam-macam..
segan + malu + berkobar-kobar bercampur-campur ar perasaan tu.
But i'm glad i did. Sebab ramai dalam class aku yang berumur 30 tahun keatas.
40 tahun pun ada. Maybe dalam umur mcam ni.. financial security dah kukuh.. Insya Allah.
pastu tak payah fikir-fikir pasal nak couple2 (gataiiii hang.. haha) sebab dah TAK available lagi.
Concentration tu memang 100 percent lah.. (oklah aku tipu.. tapi dekat2 100 percent lah..hehe)
Perasaan malu or segan memang dah kurang (i mean masa presentation sbb dah tua kot - confident level tinggi yo!) time tanya soalan pun sebab rasa biasa je.. takde segan pun, mungkin sebab compete ngan budak-budak.. cam selamba jer. (Aku memang selamba orang nya)
Aku tgh cuti semester ni.. baru je dapat result.. haha.. Alhamdulillah.
Aku dapat result yang membanggakan jugak..  :D
Aku memang berazam nak habiskan kali ni apa yang dah aku mulakan... Untuk Family aku.. untuk Suami,
Untuk Anak-anak.. , untuk MAK (especiallynya.. utk Ayah juga)
Insya Allah.
insya Allah.

wish me luck guys.
xoxo
;)



Tuesday, April 24, 2012

Saturday Night "Fever"

Ini bukan cerita John Trovolta dan bukan cerita mencucuk langit atau disko Ini cerita keluarga En. Asrul aka keluarga saya. Sabtu minggu lepas adalah minggu demam sekeluarga, anak-anak aku demam, batuk dan selsema. sedih.. Adam demam dan admit hospital. Zachary demam. Lana demam. Manda pun demam. Dugaan sungguh.
Aku dan Nahar bergilir-gilir ambil cuti nak jaga anak-anak. Last-last kami berdua pula yang demam. Serentak pulak tu. Itu lagi dugaan. Bayangkan nak jaga diri sendiri pun tak larat, inikan pulak nak jaga 4 orang anak.. aduhaiiii memang tortured betul, fizikal dan mental.
Masa demam tu, masing-masing tak larat nak drive, badan dan pinggang mcm nak patah. Terus call mak aku suruh datang. Adik aku terus bawak aku dan Nahar ke klinik. Sampai kat klinik nasib baik tak ada orang, Dr. terus ambil suhu badan.. Aku 39.8 dan nahar 38.9 Perghh.. doktor terus suruh makan ubat time tu jugak.
Mula-mula gerun jgk takut denggi sebab badan sakit-sakit, tapi Doktor cakap denggi biasanya lepas 3-4 hari lepas demam baru terasa sakit-sakit badan. Alhamdulillah.. kalau denggi dan kena admit hospital laki bini tak ke haru tuh? Then anak-anak? kesian anak-anak. Ya Allah nasib baik tak ada apa-apa. Doktor terus bagi ubat demam dan antibiotik. Terus makan dan balik rumah, berehat. Anak-anak mak tolong jagakan.
Doktor bagi ubat yang kuat agaknya, malam tuh terus rasa beransur okeh..
Aku pun berharap kami sembuh cepat sebab fikir taknak anak-anak pulak berjangkit dan fikir jugak siapa nak jaga diorang kalau kami berdua jatuh sakit.
Mungkin ini dugaan Allah kepada kami sekeluarga. Sekarang semua dah makin baik.
Dan aku harap janganlah jatuh sakit macam ni lagi.
Tak sanggup sebab fikirkan anak-anak.

Ya Allah Kau berikanlah kami sekeluarga kesihatan yang baik.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami.
Ya Allah perkenankanlah.